skip to main |
skip to sidebar
Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, “Sepanjang aku
menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara
ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat
insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai
tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang telah mensyirikkanAllah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran
Allah s.w.t. menghinakanmereka dengan memalingkan wajah mereka dari
mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang
lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,
“Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasamereka
dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali
kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut,
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan
meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan AMALAN
YANG PERTAMA sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah
amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi,
“Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang
mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya
pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat
yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah
tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,
wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli
ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusiayang derhaka kepada
kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama
sekali tidak ridha kepada manusiayang menderhakai ibu bapanya.”
Ku
lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung
pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasahidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan
tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda,bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah
tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu
siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi
air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai
tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut,
“Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang
beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah
s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di
pertanggungjawa bkan atas setiapamal yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan sebesar zarah.
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau
hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan
baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak.
Amin.
(♥ Subhanallah & Semoga Bermanfaat ♥)
_______________ _______________ _______________ _________
Jika menurut kalian, artikel ini bermanfaat.
Silakan di-share untuk teman Anda, sahabat Anda, keluarga Anda, atau bahkan orang yang tidak Anda kenal sekalipun.
semoga Anda juga mendapatkan balasan pahala yang berlimpah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Aamiin Ya rabbal 'alamiin |
#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahum ma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa atuubu Ilaik ..
Pada tobat gan...
0 komentar:
Posting Komentar